Cara-Cara Semulajadi Untuk Hilangkan Dengkur

1.Gunakan bantal yang lebih

Pastikan anda meletakkan kepala anda pada kedudukan yang lebih tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Ini adalah untuk membuka saluran pernafasan nada dan mengelakkan saluran tekak daripada tersekat akan menyebabkan anda berdengkur.

2. Bahan pendingin

Sekiranya kesejukan atau kesesakan nafas yang meyebabkan anda berdengkur, anda boleh menggunakan bahan pendingin seperti vicks sebelum tidur. Ini adalah unutk mengeringkan ronggga hidung dan meningkatkan aliran udara pernafasan untuk mengurangkan berdengkur.

3. Vicks


Anda juga dinasihatkan untuk menyapukan vicks pada bahagian dada sebelum tidur untuk melancarkan pernafasan.


4. Nasal strip


Sekiranya masalah selsema atau batuk bukanlah menjadi masalah yang menyebabkan anda berdengkur anda boleh menggunakan nasal strips. Ia berfungsi untuk membuka saluran hidung untuk menjadikannya jurang sempit dan ini dapat memberikan aliran uadara yang lebih baik.


5. Tidur dalam keadaan mengereng


Posisi tidur dalam keadaan mengereng juga adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah berdengkur. Apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan untuk membuatkan anda tidak berasa selesa tidur terlentang atau menerap. Ini adalah salah satu cara mudah untuk memastikan anda sentiasa tidur daam keadaan mengereng sehingga keesokan paginya.


6. Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang.


Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda mempastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiaasa adalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapankan laluan pernafasan anda dan inni mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda tidur.


7. Berurut


Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang dan membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak. Tetapi urutan dapat membantu mengurankan keteganan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.


8. Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur


Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbukan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjan siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.

9. Tidur menggunakan bantal peluk


Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang anda berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-pura dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu anda mengekalkan posisi tidur yang sihat.


10. Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis mekanan


Ramai yang tidak menyedari jika mereka alah pada sesuatu jenis makanan kerana ini juga boleh menjadi punca kepada halanan pada keringkong dan sluran nasal. Cuba pastikan jika anda ada alah pada sesutu jeis makanan da cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-alahan.


11. Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam


Dengan mempastikan anda tahu bagaimana hendak bernafas dengan betul dapat membantu anda mendapatkan rehat yang cukup dengan sendiri anda dapat mengamakan corak bernafas yang sihat pada setiap malam. Oleh kerana anda tidak dapat mengawal pernafasan semasa tidur, latihan pernafasan yang anda sering lakukan membantu anda bernafas dengan betul semasa tidur.


12. Buat pemeriksaan tonsil


Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpa lah pakar dan pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar anda tiada gangguan tidur lagi.

13. Kurangkan berat badan


Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar keronkong dapat dihindari. Cara ini bukan dapat membantu mmengatasi masalah dengkuran tetapi anda akan dapat tidur nyenyak serta personaliti ada akan turut nampak lebih menarik dan memikat.

Nak tau cara pantas dan terbukti berkesan menghilangkan dengkur?

Klik gambar di bawah.